t>

Breaking News

Cikgu cakap kalau kudung macam mana nak bertakbir?

Ermm..

Korang rasa kalau terjun dari KLCC sampai ke bawah mati tak? Aku rasa mesti mati. Dan aku rasa cikgu alias mesti rasa nak panjat KLCC dan terjun kat bawah selepas dia mengeluarkan satu kenyataan yang memalukan dia dan guru2 semalaysia. 

Lihatlah apa yang cikgu alias cakap di facebook nya mengenai perundangan islam ;


Herm.. 

Gambar di atas rasa nya dah cukup untuk menjawab tuduhan serong cikgu alias mengenai perundangan islam khususnya hudud. Tangan orang takan kudung dan cacat disebabkan hudud sewenang2nya. Hudud bukanlah sistem yang mahu mengudungkan tangan umat islam oke.

Kalau tak faham apa yang tersirat melalui hudud pun takpe. Cuma janganlah memperlekehkan hukum Allah swt. Memperlekehkan hukum  Allah swt, sesuatu yang telah Allah swt tetapkan, sesuatu yang telah ulama2 muktabar kaji dan analisis, sebenarnya secara tak langsung kita meragui sistem dan polisi2 yang terkandung dalam islam itu sendiri.

Sama seperti kita mempersoalkan aurat, memperlekehkan pemakaian tudung. Kita kata kita muslim, kita sayangkan islam, sayangkan Allah swt, tapi bila disuruh melaksanakan apa yang Allah swt firmankan, kita ragu2 dan bagi macam2 alasan. Perbuatan kita tak konsisten dengan percakapan kita, boleh ke?

Rasanya masalah umat islam di malaysia neh sebenarnya bukanlah mengenai pelaksanaan hudud sebaliknya penolakkan umat islam terhadap hudud dan hukum Allah swt itu sendiri. Dan ini sangat bahaya. Kalau lah ornag2 bukan islam tolak hudud ada maafnya lagi. At least mereka terang2 mengakui mereka tak percayakan Allah swt.

Tetapi bila orang yang mengakui islam itu sendiri menolaknya sememangnya ini sangat berbahaya geng. Ingatlah munafiq itu terletak di neraka yang paling dalam dan ia bukan sia2 untuk berada disitu beb.